Saturday, January 14, 2012

Besday Celebration fot the month of January

As salam semua,

Untuk bulan Januari ni hanya sowang saja yang sambut besday and the lukiest person adalah Qila.... heppy bufday girl yang ke 15 tawon. Aunty cume dapat bagi kek "Maya" jer sebab mengikut fakta, kek adalah meng...... kan. Jika kita memakan se slice kek, kita memerlukan larian sekurang-kurangny dua larian padang... whuahh..... (sebenarnya aunty nak mengingatkan diri aunty tuu) so bagi adik Aqila kita... boleh makan tapi jangan bebanyak.... nanti badan berisi macam aunty nak pakai baju tak cuuuuun.... hehe... anyway semoga Qila sentiasa sihat dan ceria selalu dan semoga peroleh kejayaan untuk PMR ini tawon... yang itu aunty dah por sure Qila can perform the best.....

Kay bye dear....

TAHNIAH!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum Seme,

sebelum tu nak jerit dulu, TAHNIAH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! untuk adik Danial dan adik Firdaus di atas kejayaan cemerlang PMR bebaru ni..... sorry la aunty lambat masukkan dalam blog....  yerlah tahniah kerana dapat straight A's dan memang aunty menjangkakan kalian berdua memang terbaeeeeekkk...... insya Allah moga menjadi ikutan kepada adik-adik yang lain.



Aunty juga berharap dengan kejayaan ini kalian akan terus sukses di dalam SPM lak... jangan berhenti belajar walaupun tingkatan 4 orang selalu cakap tahun "honeymoon" dan doa yang berterusan di sampaikan kepada semua sekali.

Ok got to penn off right now.... see in next catatan.... bye

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Salam sejahtera semua,

hari ini adalah hari ke empat tahun baru 2012. Selamat Tahun Baru buat semua yang membaca blog ini. Terutamanya kepada semua ahli famili Kluang. Masih belum terlewat untuk mendoakan semoga segala impian yang diingini akan terkabul dalam tahun 2012 ini. Semoga semuanya terus sukses dan beroleh kesihatan yang baik.

Penulis nak cerciter sikit berhubung perkara2 yang berlaku tahun lepas sebagai imbauan 2011, hurm..... nak mula kat mana eah.... okay, kita citer bulan ke bulan la....

Januari 2011
- Nothing new, hanya cerita berhubung sesi permulaan persekolahan.
- 14 Januari merupakan hari jadi Qila yang ke 14 tawon.

Februari 2011
- Kita sesama meraikan Maulud Nabi
- Yang menyambut hari lahir pada bulan Februari adalah Mak Ngah Nuri (50 y), Shukur (13 y) dan Imi ( 16 y)

 
Mac 2011
- Uncle Aran, Aunty Namai , Nani dan Nana  menunaikan Umrah pada 22 Mac - 5 April
- Yang menyambut hari lahir pada bulan Mac adalah Nawwal (17 y), Akmal (27 y), Mak Long Noi ( 56 y) dan Uncle Zul ( 51 y).

 
April 2011
- Kenduri arwah dan pekumpulam semua adik beradik di Kg Sri Timur
- Hari jadi bulan April adalah Haikal (5 y) , Nani (11 y) dan Uncle Jalil (49 y)

Mei 2011
- Besday Uncle Aran (45 y)

Jun 2011
- Besday Mak Usu Faridah (   y) , Daniel ( 15 y) dan Aunty Namai si penulis la ( 44 y)

 
Julai 2011
- Uncle Zul , Aunty Chah, Aishah, Mira, Kikin dan Qila menunaikan Umrah
- Besday Nana ( 9 y) dan aunty Liza ( 46 y)

 
Ogos 2011
- Menyambut Bulan Puasa dan Kemerdekaan

September 2011

Oktober 2011

November 2011

Disember 2011

So memang banyak gak peristiwa yang berlaku dalam tahun 2011, ada yang pahit dan ada yang manis. Anyway yang baik kita jadikan kenangan dan yang tidak kita ambil iktibar. Yang paling menyeronokkan adalah apabila kita dapat beraya bersama-sama ke Segamat pada hari raya ke 2. Menziarahi rumah Mak Chik Wahir, Keluarga Pak Cik dan Mak Uteh.... mengembalikan nostalgia kita satu waktu dahulu. Mak Uteh dengan citer2 die yang tidak pernah habis. Usaha mengesan Mak Usu Kiah yang terpisah sekian lama. Penulis rasa tersentuh dan berdoa semoga usaha kami adik beradik akan membuahkan hasil.
Bukan mudah nak bersatu setelah berpisah agak lama sehinggakan tidak kenal saudara sepupu sepapan.

Satu yang penulis rasa terkilan adalah ketidaksempatan kita hendak mengadakan "family Gathering For Year 2011" supposed to be held in Melaka, but due to unforseen circumstances , the event has been posponed. Very very sorry.... mohon ampun yer.....  Insya Allah ini tawon baru 2012 segala akan berlangsung dengan baik.

So sebelum penulis mengakhiri  catatan kali ini, diharap sekiranya ada pembetulan terhadap catatan ini atau pun penambahan harap dapat di maklumkan. Almaklumlah ingatan kita bukanlah baik sangat sebab mengikut fakta, ingatan manusia akan bertahan sehingga 48 jam sahaja. Jika tidak diulang dan dicatat, ianya akan hilang dan dilupakan.

Oke... penulis mohon izin pen off dulu untuk kali ini. bye

Tuesday, November 15, 2011

Salam Eidul Adha

Rasanya belum terlewat utk mengucapkan salam eidul adha buat saudara-saudaraku semua..... pada tanggal 6 November lalu. Tawon ini kami semua tiada yang melakukan ibadah korban.

Program makan bersama telah diadakan pada 6 Nov tersebut dan antara menunya adalah satay... malang sekali penulis sendiri tidak dapat menghadirkan diri kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, penulis sentiasa mendoakan saudara-saudara semua berada di dalam keadaan yang baik

Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan dan tazkeerah Ramadhan....

Assalamualaikum saudara2ku.......




Masuk hari ini adalah hari ke tiga kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Belum terlewat untuk mengucapkan salam ramadhan pada semua sanak saudaraku dan sahabat handai.


Doaku adalah kalian semua sentiasa sihat sejahtera di dalam menjalankan ibadah puasa ini. Disamping kita berpuasa, perbanyakkanlah ibadah-ibadah lain seperti solat tarawikh, berzikir, mengaji, solat sunat dan macam-macam lagi yang boleh menambahkan pahala kita.


Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah...... Anakku Marhani ada bertanya penulis apakah yang istimewanya solat tarawikh itu..... penulis menjawab... istimewanya solat tarawikh itu hanya dapat dilaksanakan di dalam bulan ramadhan sahaja..... solat sunat lain boleh dibuat bila-bila tetapi tidak pada solat tarawikh...sebab itu fadilatnya lebih.... nanti penulis akan catatkan apakah kelebihan melaksanakan solat sunat tarawikh di catatan yang akan datang... (kena cari dulu).


Bulan ramadhan ini kita digalakan beramal sebanyak mungkin terlebih-lebih lagi pada 10 hari terakhir ramadhan kita sememangnya menantikan malam lailatul kadar... heii meremang bulu roma dan sebak penulis saat mencatatkan malam laitalul kadar... menunjukkan betapa istimewanya malam tersebut.


Salain dari beribadah dengan bersembahyang, mengaji, berzikir dan lain-lain, kita juga digalakan bersedekah dibulan yang mulia ini. Amalan sedekah dalam bentuk makanan, pakaian, wang dan apa sahaja yang boleh dikategorikan sedekah kepada yang selayaknya sahajalah... kalau bersedekah kepada orang yang terlebih mampu tu... tak pasti pulak itu bukan sedekah namanya tetapi hadiah... pahalanya pun kureng la... Sebab itulah di dalam bulan ini terdapat Zakat Fitrah.....

 Di bawah ini dicatatkan sedikit tazkeerah untuk dikongsi bersama.... hayatilah :

Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Hukum – Hukum Puasa                                                                                                                                                                             
  1. Wajib
  2. Sunat
  3. Makruh
  4. Haram
Puasa wajib :                                                              
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

Puasa Sunat :                                                                          
a)  Puasa dalam bulan Sya’ban
b)  Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
c)  Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
d)  Puasa hari  Tasu’a  dan  ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
f)  Puasa pada hari Isnin & Khamis
g)  Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
h)  Puasa satu hari berbuka satu hari
i)  Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
j)  Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

Puasa Makruh :
a)  Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
b)  Berpuasa sepanjang tahun

Puasa Haram :
a)  Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
b)  Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
c)  Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
d)  Puasa perempuan haid & Nifas
e)  Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

Syarat-syarat Puasa
Terbahagi kepada 2 :
1)  Syarat-syarat wajib
2)  Syarat-syarat sah
Syarat wajib
a)  Islam
b)  baligh
c)  berakal
d)  berupaya(sihat)
e)  bermukim
Syarat Sah
a)  Islam
b)  Berakal
c)  Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d)  Niat
Rukun Puasa
a)  Niat
b)  Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari
Faedah Puasa
a)  Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
b)  Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
c)  Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
d)  Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
e)  Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
f)  Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
g)  Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
f)  Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia
Sunat-sunat puasa
a)  Makan Sahur serta melambatkannya
b)  Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c)  Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d)  Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e)  Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f)  Membaca Al-Quran
g)  Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan
Perkara makruh ketika berpuasa
 a)  Berbekam
b)  Mengeluarkan darah
c)  Berkucup
d)  Merasa makanan
e)  Bersugi selepas gelincir matahari
f)  Mencium wangian
Perkara yang membatalkan puasa
 a)  Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b)  Makan dan minum sepanjang hari
c)  Muntah dengan sengaja
d)  Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e)  Keluar darah haid & nifas
f)  Gila
g)  Pitam atau mabuk sepanjang hari
h)  Murtad
Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa
a)  Musafir
b)  Sakit
c)  Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
d)  Tua
Keistimewaan Bulan Ramadhan
a)  Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
b)  Allah merahmati orang yang mengimaninya
c)  Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
d)  Iblis dipenjarakan
e)  Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
f)  Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.
Menghormati Bulan Ramadhan
a)  Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
b)  Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.
Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan
1)  Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
                                                                                               
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
                                                                                               
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
2)  Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .
                                                                                               
Ertinya :  Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.
Doa Ketika Berbuka Puasa
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
Qada’ Puasa Ramadhan
Ialah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’
Hukum Qada’ Puasa Ramadhan
Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran
Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)     
 
Waktu Qada’ Puasa Ramadhan
-  Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.
-  Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.
Kifarah Puasa
Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.
Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :
1)  Membebaskan seorang hamba yang beriman
2)  Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya  berpuasa 2 bulan berturut-turut
3)  Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.
Fidyah
Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.
Hukum Fidyah
Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.  (Surah Al-Baqarah Ayat 184)                                                     
Sebab-sebab wajib Fidyah
1)  Tidak mampu melakukan ibadah puasa
2)  Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
3)  Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu
4) Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.

Sunday, July 24, 2011

Happy Belated Birthday For the month of April, May and June

Asallamualaikum semua saudaraku yang dikasihi lagi diingati....

pertama-tama penulis nak memohon maaf kerana dah lama tak updatekan blog iaitu selepas kembalinya penulis dan famili dari mengerjakan Umrah pada hujung Mac dan awl April lalu shinggakan penulis tidak berkesempatan untuk memaparkan sambutan hari jadi bagi bulan April, Mei dan Jun.

Dikesempatan ini, penulis paparkan juga ahli-ahli keluarga kita yang menyambut hari lahir pada bulan2 berkenaan sebagai tatapan dan ingatan kita bersama. Jangan maraa aaa sebab penulis punya hari lahir sendiripun termasuk di dalam senarai yang tidak diwishkan sepatutnya... hehehe...

So untuk bulan April lalu, sambutan hari lahir adalah untuk :

8 April - Adik Haikal yang ke 5 tawon.... dah becau dah.
9 April - kakak marhani yang ke 11 tawon .....lagi becau.... hehehe
13 April - Abang kita yang nun jauh di pulau pinang, Dr Jalil, ni bukan becau tapi tue... opps.... sori... yang ke 49 tawon... kan... penulis dah lupa la cuma ingat tahun 62 ajeer.....


Untuk bulan Mei pulak,

15 Mei - Suamiku yang tersayang, Zaharan Mat Jusin yang ke 45 tawon.

Untuk bulan Jun,

18 Jun - Cikgu Faridah kita... yang keberapa tidak dapat dipastikan.... dek kalau nak kongsi maklum kay...
24 Jun - Adik Daniel yang berumur 15 tawon
30 Jun - Penulis sendiri yang berumur 44..... whuahhhhh... dah tue......

So , jika ada yang tertinggal lagi tuu, harap maap jer lah..... anyway happy belateed besday to uollz seme... moga terus ceria dan didalam keberkatan dan perlindungan Allah jua....

Wassalam......

Bithday Celebration For The Month of July.

Assalamualaikum semua......

Birthday celebration for the month of July ni penulis nak memaklumkanlah..... iaitu :

4 hb - Cik Ecah kite yang ke 19 eak.... correct me if i'm wrong
20 hb - Adik nana yang berumur 9 tahun la...... (bucuk umi dah becau)
26 hb - cikgu Liza yang dikasihi yang akan menyambut ulang tahun yang ke 46
27 hb - kakak kite yang dirindui , Dr Hafsah yang ke... err boleh tulis ker... 48 kot jangan maraa aa...

Moga ulang tahun kelahiran tahun ini memberikan sinar baru dalam hidup kalian. Sentiasa di dalam perlindungan Allah dan sentiasa mendapat keberkatan hidup..... amin.....

Disini penulis nak menghadiahkan sebiji kek maya sahaja.... kalau nak yang betul-betul kene datang Melaka .... hehehe... boleh claim kemudian.... hehehe....

besar ni ! cukup utk kongsi sefamili....