Sunday, July 24, 2011

Happy Belated Birthday For the month of April, May and June

Asallamualaikum semua saudaraku yang dikasihi lagi diingati....

pertama-tama penulis nak memohon maaf kerana dah lama tak updatekan blog iaitu selepas kembalinya penulis dan famili dari mengerjakan Umrah pada hujung Mac dan awl April lalu shinggakan penulis tidak berkesempatan untuk memaparkan sambutan hari jadi bagi bulan April, Mei dan Jun.

Dikesempatan ini, penulis paparkan juga ahli-ahli keluarga kita yang menyambut hari lahir pada bulan2 berkenaan sebagai tatapan dan ingatan kita bersama. Jangan maraa aaa sebab penulis punya hari lahir sendiripun termasuk di dalam senarai yang tidak diwishkan sepatutnya... hehehe...

So untuk bulan April lalu, sambutan hari lahir adalah untuk :

8 April - Adik Haikal yang ke 5 tawon.... dah becau dah.
9 April - kakak marhani yang ke 11 tawon .....lagi becau.... hehehe
13 April - Abang kita yang nun jauh di pulau pinang, Dr Jalil, ni bukan becau tapi tue... opps.... sori... yang ke 49 tawon... kan... penulis dah lupa la cuma ingat tahun 62 ajeer.....


Untuk bulan Mei pulak,

15 Mei - Suamiku yang tersayang, Zaharan Mat Jusin yang ke 45 tawon.

Untuk bulan Jun,

18 Jun - Cikgu Faridah kita... yang keberapa tidak dapat dipastikan.... dek kalau nak kongsi maklum kay...
24 Jun - Adik Daniel yang berumur 15 tawon
30 Jun - Penulis sendiri yang berumur 44..... whuahhhhh... dah tue......

So , jika ada yang tertinggal lagi tuu, harap maap jer lah..... anyway happy belateed besday to uollz seme... moga terus ceria dan didalam keberkatan dan perlindungan Allah jua....

Wassalam......

Bithday Celebration For The Month of July.

Assalamualaikum semua......

Birthday celebration for the month of July ni penulis nak memaklumkanlah..... iaitu :

4 hb - Cik Ecah kite yang ke 19 eak.... correct me if i'm wrong
20 hb - Adik nana yang berumur 9 tahun la...... (bucuk umi dah becau)
26 hb - cikgu Liza yang dikasihi yang akan menyambut ulang tahun yang ke 46
27 hb - kakak kite yang dirindui , Dr Hafsah yang ke... err boleh tulis ker... 48 kot jangan maraa aa...

Moga ulang tahun kelahiran tahun ini memberikan sinar baru dalam hidup kalian. Sentiasa di dalam perlindungan Allah dan sentiasa mendapat keberkatan hidup..... amin.....

Disini penulis nak menghadiahkan sebiji kek maya sahaja.... kalau nak yang betul-betul kene datang Melaka .... hehehe... boleh claim kemudian.... hehehe....

besar ni ! cukup utk kongsi sefamili....

Friday, July 22, 2011

Segmen Perkongsian Ilmu - Rahsia Wudu'

Assalamualaikum semua saudaraku dan sahabat handai yang dikasihi lagi dihormati.... ( err.. dah macam bagi ceramah agama lak!)

Segmen Perkongsian Ilmu pada kali ini, penulis nak share with u all tentang "Rahsia Wudu'"... hurm.... wudu' ni selalunya kita angkat bila kita nak solat ataupun baca quran kan ... lazimnya lah... bagi orang yang dah biasa dan wara' skit angkat wudu' sepanjang masa... maksudnya sentiasa berada dalam wudu'... apa agaknya rahsia wudu' ini ya.....

Penulis menerima maklumat atau artikel ini dari seorang sahabat yang memang suka berkongsi ilmu.... memandangkan ianya perkara baik adalah wajar penulis mencatatkan di dalam blog family ini agar dapat dipertonton oleh semua saudara-saudara ku dan juga sahabat handai yang meng"follow" blog ini.

Kita ikuti paparan ini ( dah macam majalah tiga... hehe)

Prof Leopold Werner Von Ehrenfels, seorang psikiater dan juga neurology berbangsa Austria, mencari sesuatu yang menakjubkan terhadap wudu'. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan iaitu bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan dan kaki. Pusat-pusat sarat tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia mencari hikmah disebalik wudu' yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Dia bahkan mengesyorkan agar wudu' bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.


Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan menukar nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudu' sebagai sebahagian daripada usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Daerah yang dibasuh dalam air wudu seperti tangan, daerah muka termasuk mulut dan kaki , memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu wajar kalau daerah itu yang harus dibasuh.

Ulama Tasawuf menjelaskan hikmah wudu' denga menjelaskan bahawa daerah-daerah yang dibasuh air wudu' memang kawasan yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang dan dilakukan oleh tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.

Berapa banyak orang yang menjadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong , memaki dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yagn dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip oleh mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini dan apa saja yang baru dicium hidung ini. Kemana saja kaki ini gentayangan setiap hari.

Tegasnya ahli badan yang dibasuh dalam wudu' ialah daerah yang paling mudah untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wudu' disebutkan di dalam surah al maidah (5) : 6 adalah wajah, tangan sampai siku dan kaki sampai mata kami. Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa air wudu' mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung dan  telinga, tangan dan kaki sehingga yang bersangkutan bersih dari dosa.

kalangan ulama melarang mengeringkan air wudu' dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudu' itu (ma'a akhir qathr al-ma').

Wudu' didalam Isalam masuk di dalam bab al-Thaharah (penyucian rohani) seperti tayammum, syarth dan mandi junub. Tidak disebutkan bab al_nadhafah (pembersihan secara fizikal). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan kebasahan wudu'nya.

Yang paling penting dari wudu' ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang bersih dan sewaktu-waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran. Wudu' sendiri akan melindungi diri untuk mengelakkan apa yang secara spiritual merosakkan imej wudu'. Dosa dan maksiat bercanggah denga wudu.

So, setelah dibaca paparan yang diatas, apakah yang dapat disimpulkan di sini.... jangan simpul -simpul.. susah nanti nak dihuraikan.... dipendek kan cerita sentiasalah berwudu bagi membina kekuatan spiritual dan mental....

Moral of the story : Berwudu' itu secara tidak langsung mencegah kita dari melakukan perkara yang tidak baik yang boleh membatalkan wudu' termasukkan terke.........t, selain dari dapat memelihara kesihatan kita. Amin.

Saturday, July 16, 2011

Hasil perjumpaan semalam

Salam sejahtera saudara2ku yang dikasihi,

sebeum tu penulis nak memohon maaf bebanyak kerana tidak boleh menunggu lebih lama lagi  semalam memandangkan telah ada urusan yang amat2 tidak dapat dielakkan lagi. Pengertian dan pelepasan saudara2ku amat dihargai.

Walaubagaimanapun penulis bersyukur program telah dapat diadakan walaupun dalam keadaan yang agak kurang terancang gitu. Yelah kita hanya mampu merancang tapi Allah SBW sahaja yang menentukan. Kami faham kerana masing2 ada komitment yang memang tidak dapat dielakkan.

Anyway.... semalam banyak gak menunya seperti :
1. Sambal udang kering telur rebus (dimasak oleh Atiqa)
2. Lemak kurau masin bersama pisang muda (penulis sendiri)
3. Sambal petai ikan bilis (Cik Jalil kiter, errr bahan2 si Tiqa yang sediakan... ahaks)
4. Ketam black pepper (Kak Chah kite)
5. Ayam masak lomak cili api ( Kak Liza kite)
6. Ikan terubuk bakar ( opps sory brader sbb trubuk tu trubuk masin ropernyer..... sory bang zul disalahmengertikan... nampak mcm fresh jer... hehehe)
7. Kuih muih seperti koci dan pulut panggang  serta tapai ubi dan bubur kacang durian yang dibawa oleh Kak Noi kiter...
8. Yang terakhir sekalik adalah durian atas bukit... (yang ni penulis tak dapat rasa sbb penulis dan gerak keluar)

Selain dari program makan-makan tuh... sedikit mesyuarat ringkas telah diadakan... antara agendanya yang dibincangkan sebelum penulis balik adalah :

1. Isu nama tanah di atas bukit nun - memandangkan abah dan mak dah tak da dan adik beradik pun dah setuju hasrat arwah abah utk memberikan tanah 2 ekar tersebut atas nama anak2 perempuan iaitu kak noi, kak liza dan penulis sendiri. Maka proses penukaran nama perlu dibuat dengan kadar segera agar tanah tersebut tidak dimasukkan ke amanah raya. Mesyuarat bersetuju kak liza dan abg razak  since mereka yang ada di Kluang menguruskan proses tukaran nama tsbt dengan menghire seorang runner . Dipersetujui juga oleh adik beradik yang lain  utk hadir bagi menurunkan tanda tangan.

2. Program Family gathering Thn 2011 - mesyuarat bersetuju program diteruskan dengan yang telah dirancang sebelum ini iaitu "amazing  Melaka awaits you". Cadangan asal adalah pada bulan Jun lepas tapi memandangkan masing2 ada komitmen lain ianya telah ditangguhkan. Sehubungan itu tarikh baru adalah tentatifly pada 22 - 23 Oktober. So Melaka akan jadik tuan rumah iaitu penulis dan family..... Insya Allah akan kami uruskan sebaiknya.

Selepas perbincangan ini penulis telah meninggalkan majlis musyawarah dengan membawa bersama ketam black pepper, bubur durian dan tapai ubi.... sebagai bekalan ... opps sebelum tu ada gak bincang isu kebajikan Mak Cik Waher iaitu seperti yang telah dibentangkan oleh bendahari cik atiqa kita iaitu perbelanjaan untuk menyara mak cik diteruskan seperti yang dirancang. Samada masing2 nak menyumbang lumsum ataupun bulan2. Apa yang diharapkan kebajikan diteruskan memandangkan makcik tidak ada waris selain dari anak2 buah yang ada ini. Moga Allah berikan kesihatan dan kesejahteraan kepada Mak cik Waher kita.. Amin

Lagi Tiqa...... aunty tunggu lapuran lengkap awak lum dapat lagik... dah tak sabar nak post kat uollz seme....


Nanti sambung lagik yer... nak kontek si tiqa nii... lambat bangat anak buah aku nih.... aikk ni yang dinamakan pekerja cemerlang ker... (wonder........)

Thursday, July 14, 2011

Program Jom Makan Bersama

Assalamualaikum semua saudara-saudara ku yang dikasihi lagi dirindui............

first and for most , penulis nak memohon kemaafan kerana telah lama tidak mengupdatekan blog famili ini sehinggakan nak masuk untuk buat catatan baru nii pon password dan username terlupak pulak.... hah ! begitula lamanya menyepi tanpa berita..... seb baek..... dapat gak masuk akhirnya setelah percubaan yang kali ke 7......

Yang keduanya nak mohon maaf gak sebab lambat benau buat announcement berhubung program terbaru kita iaitu jom makan bersama... program ini telah dirancangkan oleh Dr Jalil kite.... atas sebab-sebab yang akan dimaklumkan kendian....

Ok... saudara-saudaraku.... program Jom Makan Bersama ini telah di ilhamkan oleh brader Jalil untuk diadakan pada satu tarikh sebelum posa... so setelah dibincangkan di dalam sms yang lalu tarikh telah ditetapkan oleh penyimpan mohor besar raja-raja keluang.... adik beradik dengan raja-raja kelawar... tarikh ditetapkan seperti yang berikut :

Tarikh : 16 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : sebelum lunch sehingga selepas lunch (nanti penulis explain further)
Venue : Villa Sri Timor...
Agenda : seperti dibawah... sabau2

Ok sebenarnya program ini asalnya nak wat macam kenduri arwahla... tapi kalau nak buat kenduri waktu siang di rumah arwah, alamat yang hadir cuma kite2 ajer lee.... so sudah tukar pada program jom makan bersama saja dan pengisiannya sebelum makan adalah bacaan doa dan tahlil ringkas yang akan dibawa oleh ustaz Razak. (ustaz zaharan kata dia uzur  hehehe)... ada makna tuuu..............

So disummarykan saja... untuk program makan ni dicadangkan :

Waktu ketibaan adalah jam 9 .30 pagi hingga 10 pagi.... (harap mana2 yang boleh datang lebih awal lebih baik lah) bagi yang jauh dan ada urusan yang tidak dapat dimengelakkan dimaafkanlah....

Program dimulai dengan yang kaum adam kerja gotong-royong membersihkan kawasan villa (Kebun lah tuu), pastu yang kaum hawa pulak kerja nyer memasakla....
Laul-lauk yang dicadangkan adalah :

1.Ikan masin kurau dari Sabah dimasak lemak dengan pisang muda.
2. Udang kering sabah mari dengan telur rebus masak sambal (resepi arwah mak)
3. Sambal petai ikan bilis (sabah jugaklah... Brader Jalil sponsor)
4. Ikan goreng
5. Sayur tumis air (pilihan... nak buat ke tak)
6. Lain-lain yang berminat nak potlak... dialu-alukan......

So, agenda bacaan tahlil ringkas sebelum makan bersama semua adik beradik yang akan dibawa oleh Ustaz Razak dan seterusnya selepas selesai makan tengahari kita akan bermusyawarah urusan keluarga.

Basically the agenda will be :

1. Urusan tukaran nama kebun atas bukit dibimbangi akan dimasukkan di dalam amanah raya...
2. Urusan pembersihan kebun atas bukit dan juga bawah bukit (tanah tapak  villa tuuu),
3. Urusan kebajikan mak cik waher kite yang dikasihi.....
4. Program family gathering kali yang ke 3  tahun 2011 (tarikh yang lepas sepatutnya amazing melaka but since ramai yang tak dapat bagi komitmen so di pospone kan) kali ini nak diproposedkan yang baru atau kekalkan cadangan yang sediada....
5. Lain-lain hal yang akan timbul dan ditimbulkan....

Sehubungan itu, mesyuarat akan diadakan sejurus selepas makan tengahari dan selepas corum cukup..... sebarang soalan bolehlah dirujuk kepada penulis dengan menelipon 012 264 9700 @ 013 618 8802.. atau sms jarak nama anda jarak ikut suka lah........

Untuk itu , penulis berharap semua yang membaca catatan diblog ini boleh memberikan respon yang sewajarnya..... okeh.....  salam sejahtera dan selamat malam semua.... dahhh......