Assalamualaikum semua saudaraku dan sahabat handai yang dikasihi lagi dihormati.... ( err.. dah macam bagi ceramah agama lak!)
Segmen Perkongsian Ilmu pada kali ini, penulis nak share with u all tentang "Rahsia Wudu'"... hurm.... wudu' ni selalunya kita angkat bila kita nak solat ataupun baca quran kan ... lazimnya lah... bagi orang yang dah biasa dan wara' skit angkat wudu' sepanjang masa... maksudnya sentiasa berada dalam wudu'... apa agaknya rahsia wudu' ini ya.....
Penulis menerima maklumat atau artikel ini dari seorang sahabat yang memang suka berkongsi ilmu.... memandangkan ianya perkara baik adalah wajar penulis mencatatkan di dalam blog family ini agar dapat dipertonton oleh semua saudara-saudara ku dan juga sahabat handai yang meng"follow" blog ini.
Kita ikuti paparan ini ( dah macam majalah tiga... hehe)
Prof Leopold Werner Von Ehrenfels, seorang psikiater dan juga neurology berbangsa Austria, mencari sesuatu yang menakjubkan terhadap wudu'. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan iaitu bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan dan kaki. Pusat-pusat sarat tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia mencari hikmah disebalik wudu' yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Dia bahkan mengesyorkan agar wudu' bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan menukar nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudu' sebagai sebahagian daripada usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Daerah yang dibasuh dalam air wudu seperti tangan, daerah muka termasuk mulut dan kaki , memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu wajar kalau daerah itu yang harus dibasuh.
Ulama Tasawuf menjelaskan hikmah wudu' denga menjelaskan bahawa daerah-daerah yang dibasuh air wudu' memang kawasan yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang dan dilakukan oleh tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.
Berapa banyak orang yang menjadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong , memaki dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yagn dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip oleh mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini dan apa saja yang baru dicium hidung ini. Kemana saja kaki ini gentayangan setiap hari.
Tegasnya ahli badan yang dibasuh dalam wudu' ialah daerah yang paling mudah untuk melakukan dosa.
Organ tubuh yang menjadi anggota wudu' disebutkan di dalam surah al maidah (5) : 6 adalah wajah, tangan sampai siku dan kaki sampai mata kami. Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa air wudu' mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung dan telinga, tangan dan kaki sehingga yang bersangkutan bersih dari dosa.
kalangan ulama melarang mengeringkan air wudu' dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudu' itu (ma'a akhir qathr al-ma').
Wudu' didalam Isalam masuk di dalam bab al-Thaharah (penyucian rohani) seperti tayammum, syarth dan mandi junub. Tidak disebutkan bab al_nadhafah (pembersihan secara fizikal). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan kebasahan wudu'nya.
Yang paling penting dari wudu' ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang bersih dan sewaktu-waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran. Wudu' sendiri akan melindungi diri untuk mengelakkan apa yang secara spiritual merosakkan imej wudu'. Dosa dan maksiat bercanggah denga wudu.
So, setelah dibaca paparan yang diatas, apakah yang dapat disimpulkan di sini.... jangan simpul -simpul.. susah nanti nak dihuraikan.... dipendek kan cerita sentiasalah berwudu bagi membina kekuatan spiritual dan mental....
Moral of the story : Berwudu' itu secara tidak langsung mencegah kita dari melakukan perkara yang tidak baik yang boleh membatalkan wudu' termasukkan terke.........t, selain dari dapat memelihara kesihatan kita. Amin.
No comments:
Post a Comment