Saturday, July 16, 2011

Hasil perjumpaan semalam

Salam sejahtera saudara2ku yang dikasihi,

sebeum tu penulis nak memohon maaf bebanyak kerana tidak boleh menunggu lebih lama lagi  semalam memandangkan telah ada urusan yang amat2 tidak dapat dielakkan lagi. Pengertian dan pelepasan saudara2ku amat dihargai.

Walaubagaimanapun penulis bersyukur program telah dapat diadakan walaupun dalam keadaan yang agak kurang terancang gitu. Yelah kita hanya mampu merancang tapi Allah SBW sahaja yang menentukan. Kami faham kerana masing2 ada komitment yang memang tidak dapat dielakkan.

Anyway.... semalam banyak gak menunya seperti :
1. Sambal udang kering telur rebus (dimasak oleh Atiqa)
2. Lemak kurau masin bersama pisang muda (penulis sendiri)
3. Sambal petai ikan bilis (Cik Jalil kiter, errr bahan2 si Tiqa yang sediakan... ahaks)
4. Ketam black pepper (Kak Chah kite)
5. Ayam masak lomak cili api ( Kak Liza kite)
6. Ikan terubuk bakar ( opps sory brader sbb trubuk tu trubuk masin ropernyer..... sory bang zul disalahmengertikan... nampak mcm fresh jer... hehehe)
7. Kuih muih seperti koci dan pulut panggang  serta tapai ubi dan bubur kacang durian yang dibawa oleh Kak Noi kiter...
8. Yang terakhir sekalik adalah durian atas bukit... (yang ni penulis tak dapat rasa sbb penulis dan gerak keluar)

Selain dari program makan-makan tuh... sedikit mesyuarat ringkas telah diadakan... antara agendanya yang dibincangkan sebelum penulis balik adalah :

1. Isu nama tanah di atas bukit nun - memandangkan abah dan mak dah tak da dan adik beradik pun dah setuju hasrat arwah abah utk memberikan tanah 2 ekar tersebut atas nama anak2 perempuan iaitu kak noi, kak liza dan penulis sendiri. Maka proses penukaran nama perlu dibuat dengan kadar segera agar tanah tersebut tidak dimasukkan ke amanah raya. Mesyuarat bersetuju kak liza dan abg razak  since mereka yang ada di Kluang menguruskan proses tukaran nama tsbt dengan menghire seorang runner . Dipersetujui juga oleh adik beradik yang lain  utk hadir bagi menurunkan tanda tangan.

2. Program Family gathering Thn 2011 - mesyuarat bersetuju program diteruskan dengan yang telah dirancang sebelum ini iaitu "amazing  Melaka awaits you". Cadangan asal adalah pada bulan Jun lepas tapi memandangkan masing2 ada komitmen lain ianya telah ditangguhkan. Sehubungan itu tarikh baru adalah tentatifly pada 22 - 23 Oktober. So Melaka akan jadik tuan rumah iaitu penulis dan family..... Insya Allah akan kami uruskan sebaiknya.

Selepas perbincangan ini penulis telah meninggalkan majlis musyawarah dengan membawa bersama ketam black pepper, bubur durian dan tapai ubi.... sebagai bekalan ... opps sebelum tu ada gak bincang isu kebajikan Mak Cik Waher iaitu seperti yang telah dibentangkan oleh bendahari cik atiqa kita iaitu perbelanjaan untuk menyara mak cik diteruskan seperti yang dirancang. Samada masing2 nak menyumbang lumsum ataupun bulan2. Apa yang diharapkan kebajikan diteruskan memandangkan makcik tidak ada waris selain dari anak2 buah yang ada ini. Moga Allah berikan kesihatan dan kesejahteraan kepada Mak cik Waher kita.. Amin

Lagi Tiqa...... aunty tunggu lapuran lengkap awak lum dapat lagik... dah tak sabar nak post kat uollz seme....


Nanti sambung lagik yer... nak kontek si tiqa nii... lambat bangat anak buah aku nih.... aikk ni yang dinamakan pekerja cemerlang ker... (wonder........)

No comments:

Post a Comment